INTEGRASIWEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Mohd ' Jasmy Abd Rahman, Nurul ' Nadirah Mohd Kasim, Mohd ' Arif Haji Ismail, Jamaluddin ' Jaffor

Abstract


Abstrak Perisian Web 2.0 merupakan medium terkini dalam proses menghasilkan bahan kuliah interaktif dan inovatif oleh para pensyarah kepada para pelajar. Aplikasi web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berkomunikasi dan berkolaborasi diantara satu sama lain serta penekanan terhadap penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif yang mana ianya dapat menjana kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pelajar. Tujuan kajian ini adalah mengenalpasti tahap pengetahuan, penggunaan, kemahiran dan faktor-faktor penggunaan integrasi Web 2.0 dalam kalangan pelajar siswazah fakulti pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan mengkaji hubungan di antara pengetahuan, kemahiran dan faktor penggunaan terhadap tahap penggunaan integrasi Web 2.0. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soal selidik mengikut skala Likert. Responden melibatkan 30 orang pelajar siswazah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang dipilih secara rawak. Hasil kajian menunjukkan tahap pengintegrasian perisian web 2.0 dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah pada tahap tinggi. Bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan faktor penggunaan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tahap penggunaan aplikasi web 2.0. Ini menunjukkan bahawa walaupun tahap penggunaan perisian adalah pada tahap yang tinggi, tetapi pelajar lebih menggunakan perisian untuk interaksi sosial dengan rakan-rakan berbanding menggunakan dalam pembelajaran.

Kata Kunci : integrasi web 2.0, kolaboratif dalam pembelajaran dan pengajaran


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.