KEMAHIRAN LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR IBAN DI LUAR BANDAR SIBU, SARAWAK. ISU DAN CABARAN
Abstract
Abstrak Kertas konsep ini membincangkan kemahiran literasi ICT dalam kalangan pelajar kaum Iban.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)ada menyatakan signifikan merapatkan jurang pencapaian pendidikan dalam kalangan pelajar berdasarkan pelbagai latar belakang. Kaum Iban adalah salah satu etnikyang terdapat di Bumi Kenyalang kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai dan pedalaman Sarawak. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap kemahiran ICT berdasarkan jantina dan meninjau tahap kemahiran ICT pelajar Iban di luar bandar. Selain itu kertas ini juga memfokuskan perbezaan tahap kemahiran ICT berdasarkan umur. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui penggunaan satu set instrumen kemahiran ICT (borang soal selidik) yang melibatkan pelajar kaumIban di daerah luar bandar Sibu, Sarawak. Secara teoritikal dijangkakan dapatan kajian ini adalahkeseluruhan pelajar Iban di luar bandar kurang pengetahuan dalam kemahiran literasi ICT disebabkan faktor-faktor seperti kurangnya kemudahan ICT, persekitaran, rakan sebaya dan sebagainya. Diharapkan kertas konsep ini dapat mengenalpasti dengan lebih mendalam tentang isu dan cabaran kemahiran ICT dalam kalangan pelajar Ibanapabila dilakukan kajian secara tinjauan kaedah kuantitatif dan kualitatif pada masa akan datang.
Kata kunci: kemahiran, literasi ICT, etnik Iban
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.