RANCANGAN ELEMEN KARAKTER BANGSA DALAM KOMSAS BAHASA INDONESIA: SATU KAJIAN PENEROKAAN DI SEKOLAH MENENGAH ATAS PEKANBARU RIAU

Elmustian Rahman ', Zamri MAHAMOD '

Abstract


AbstrakKajian ini bertujuan mengkaji keadaan perancangan elemen karekter bangsa dalam mata pelajaran bahasa Indonesia khasnya komponen sastera (komsas BI) di Sekolah Menengah Atas Negeri di kota Pekanbaru. Kajian ini adalah satu kajian penerokaan (explanatory) yang menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai empat orang guru, yakni terdiri dari dua guru laki-laki senior dan junior, dua guru perempuan senior dan junior, dijadikan sebagai peserta kajian (PK). Pemilihan peserta kajian ini dilaksanakan dengan persampelan dari kriteria yang ditetapkan. Data daripada pemerhatian dan temu bual disokong oleh analisis dokumen. Dapatan menunjukkan bahawa perancangan elemen karekter bangsa dalam komsas bahasa Indonesia sudah memenuhi standar kurikulum. Namun demikian, dapatan kajian menunjukkan perancangan pembelajaran komsas BI memungkinkan menyokong lebih kaya lagi pembinaan elemen karekter yang disokong oleh a) kurikulum KTSP, b) pendekatan teori sastera, dan c) lingkungan sosial. Pada Kurikulum KTSP ditemukan pula (a) peserta kajian merancang sesuai dengan undang-undang dan (b) aturan-aturan lainnya, pada pendekatan teori berhubungan pula (a) elemen karekter dan (b) pendekatan teori sastera yang digunakan. Sementara itu pada lingkungan sosial berhubungan dengan (a) lingkungan sosial peserta kajian dan (b) karekter dalam komponen sastera. Implikasi kajian ini ialah terhadap guru mata pelajaran komponen sastera yang mengajarkan mata pelajaran bahasa Indonesia. Institusi pendidikan (SMA, fakulti keguruan dan ilmu pendidikan, serta pusat kurikulum dan buku) mesti melakukan peninjauan ulang aturan muatan perancangan pembinaan karekter dalam kurikulum pendidikan, kerana karya sastera kaya dengan nilai karekter bangsa yang wajar diterapkan dalam membina bangsa Indonesia berdaya saing dan berdaya maju.

Kata kunci: karekter, kurikulum KTSP, pendekatan teori sastera, lingkungan social.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.