PELANCONGAN ACARA: TINJAUAN ULASAN KEPUSTAKAAN DAN KERANGKA KONSEPTUAL
Abstract
AbstrakStrategi utama untuk mencapai sasaran pelancongan 2015 adalah dengan menggalakkan pendekatan strategi yang berbeza bagi memenuhi corak dan keperluan pelancong yang unik dan tersendiri (Pelan Rancangan Malaysia ke-10).“Celebrating 1 Malaysia Truly Asia”merupakan penjenamaan pelancongan oleh Kementerian Pelancongan & Kebudayan Malaysia (MOTOUR) yang menjadi lambang keagungan untuk dikenali seantero dunia. Oleh hal yang demikian, kertas kerja membincangkan tentang ulasan kepustakaan yang berkaitan dengan pelancongan acara dalam dan luar Negara, konsep pelancongan serta mengkaji pembahagian pelancongan acara mengikut kategori.Pelancongan acara dilihat sebagai pemangkin untuk meningkatkan kapasiti ekonomi Negara kerana kajian-kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh pengkaji luar mendapati penyertaan pelancongan acara semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ringkasnya, kajian ini menjelaskan tentang tinjauan ulasan kepustakaan berkaitan dengan pelancongan acara sama ada pelancongan antarabangsa mahupun pelancongan domestik
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.