PENGARUH AKTIVITI MASA SENGGANG DALAM MEMPERKASAAN MODAL INSAN DAN MENINGKATKAN KUALITI HIDUP BELIA

Nurul Hidayati Hamid, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang

Abstract


Abstrak Kertas konsep ini akan membincangkan tentang pengaruh aktiviti masa senggang belia dalam memperkasakan modal insan dan meningkatkan kualiti hidup. Kualiti hidup merupakan indicator yang mempengaruhi kehidupan manusia juga dapat menentukan hala tuju kualiti hidup individu itu sendiri sama ada kegagalan atau kejayaan. Pengaruh aktiviti masa senggang turut melibatkan interaksi individu tersebut dengan persekitaran, social dan kesihatan dalam membantu pembangunan modal insan cemerlang. Penggunaan masa senggang yang berfaedah secara langsung membantu pencapaian individu dalam mencapai kesejahteraan emosi, kesejahteraan social dan kesejahteraan spiritual. Aktiviti-aktiviti masa senggang yang dilakukan dapat membantu individu merehatkan minda, mengurangkan tekanan dan menikmati kehidupan yang sejahtera. Pelaksanaan aktiviti masa senggang terbahagi kepada dua kategori iaitu melibatkan aktiviti “outdoor” atau “indoor”. Pelaksanaan aktiviti, jenis aktiviti, manfaat aktiviti dan pengaruh aktiviti masa senggang secara keseluruhannya merupakan kriteria penting dalam membantu pembangunan modal insan dan meningkatkan kualiti hidup belia.

Kata Kunci: Aktiviti masa senggang, kualiti hidup, modal insan, belia


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.