PENGARUH INTEGRASI SAINS TAUHIDIKTERHADAP KEPERCAYAAN GURU DAN AMALAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS
Abstract
Abstrak Kajian ini meneliti pengaruh integrasi sains tauhidik terhadap kepercayaan guru-guru sains muslim dan sejauh manakah pula kepercayaan tersebut diterjemahkan dalam bentuk amalan pengajaran semasa di bilik darjah. Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru pendidikan sains muslim di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Daerah Sabak Bernam, Selangor. Pemilihan sampel kajian ini secara tidak berkadaran digunakan disebabkan sekolah-sekolah yang dipilih mempunyai objektif dan persekitaran pembelajaran yang sama. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dengan tiga bahagian utama latar belakang iaitu demografi, kepercayaan guru dan amalan pengajaran guru. Hasil dapatan kajian menunjukkan kepercayaan guru sains muslim terhadap epistemilogi dan falsafah sains islam lebih tinggi berdasarkan komponen insan seimbang (jasmani, emosi, rohani dan intelek) dengan melihat kepada aspek hubungan guru dan pelajar dalam pengajaran guru. Dapatan ini juga mengemukan corak pemikiran guru-guru sains muslim berkenaan dengan falsafah sains mereka. Pengetahuan tentang pola pemikiran yang tersebut memberikan gambaran awal bukan hanya terhenti setakat pemikiran dan kurang diterjemah dalam tindakan.Implikasi kajian ini membawa kefahaman dan semangat falsafah ilmu sebenar bagi masyarakat islam, terutamanya dikalangan pendidik fahaman dan falsafah yang dipegang oleh guru adalah penting kerana secara tidak langsung boleh diserap kepada para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci : Pengintegrasian sains; sains tauhidik;kepercayaan guru; amalan pengajaran
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.