PEMBELAJARAN BERTERASKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Norakma Binti Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad, Noria Munirah Yakub

Abstract


Abstrak Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT) merupakan salah satu langkah yang dilakukan atau diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan pelajar serta meningkatkan inovasi di dalam semua mata pelajaran yang diketengahkan di samping menambahbaik serta meningkatkan taraf pencapaian pelajar di dalam semua mata pelajaran termasuklah dalam mata pelajaran sejarah yang sering kali dianggap sebagai mata pelajaran yang kurang diminati dan sukar untuk pelajar mendapat pencapaian yang memberangsangkan di dalam peperiksaan. kertas kerja ini bertujuan meneroka dan membincangkan tentang keberkesanan KBAT di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah terhadap pemahaman dan pencapaian pelajar. Malahan, kertas kerja ini juga bertujuan melihat kaedah,penggunaan model dan bahan-bahan yang digunakandalam melaksanakan KBAT semasa di dalam bilik darjahketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini secara tidak langsung akan memfokuskan kepada ciri-ciri di dalam KBAT yang perlu di asah dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar.Malahan, kertas kerja ini juga turut mengetengahkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu dan perbincangan mengenai KBAT serta cabaran yang perlu di hadapi dan ditangani di dalam melaksanakan KBAT di dalam pendidikan sejarah. Bukan itu sahaja, kertas kerja ini juga dilampirkan dengan cadangan-cadangan yang boleh dimanfaatkan bagi melaksanakan KBAT di dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Kata kunci : KBAT dalam pendidikan sejarah, pemahaman dan pencapaian pelajar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.