PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN: KAJIAN AMALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak, Ahmad Yunus Kasim

Abstract


Abstrak Pembentukan akhlak merupakan salah satu matlamat dari proses pendidikan di sekolah. Sekolah bukan hanya menjadi medan penerimaan ilmu secara formal sahaja malah ia bertanggungjawab dalam membentuk personaliti dan akhlak pelajar. Justeru itu, guru merupakan elemen terpenting dalam sesebuah pendidikan. Pendidikan dalam erti kata membentuk sahsiah ummah. Kertas kerja ini merupakan gabungan kertas konsep dan kajian lapangan berkaitan guru dan pendidikan. Kertas konsep yang didedahkan berkaitan dengan konsep pendidikan menurut Ibnu Khaldun, manakala kajian lapangan berkaitan dengan kajian yang dijalankan terhadap guru-guru yang mengajar agama di Sekolah Menengah Agama Rakyat di Pantai Timur yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Seramai 400 orang guru yang menjadi responden kajian. Kajian menunjukkan pemboleh ubah seperti amalan guru sebagai pendidik, pembimbing, pengajar dan peribadi menunjukkan min yang tinggi. Oleh itu dapatan ini menunjukkan guru yang mengajar Pendidikan Agama Islam di Sekolah Menengah Agama Rakyat mengamalkan sikap sebagai seorang guru dan dalam masa yang sama mendidik murid untuk menjadi insan muslim yang soleh dan musleh

Kata kunci : Guru, Pendidik, Pengajar, Peribadi, Kaedah, Pembimbing


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.