FAKTOR DAN PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM MENCEGAH SALAHLAKU DAN DEVIAN DALAM KALANGAN REMAJA
Abstract
Abstrak Salahlaku dan devian dalam kalangan remaja adalah isu-isu dan masalah sejagat kerana ia bukanlah satu fenomena baru. Kewujudannya berlaku di semua negara tanpa mengira taraf kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan faktor-faktor yang mendorong remaja bertingkahlaku negatif dengan melihat institusi kekeluargaan sebagai faktor utama. Di samping itu juga, kajian melihat kepada hubungan antara salahlaku-salahlaku dan devian dengan persekitaran keluarga. Seterusnya, kajian juga turut meninjau isu-isu yang berlaku di sebalik persekitaran keluarga dengan melihat kepada peranan institusi keluarga yang pelbagai yang boleh membendung gejala salahlaku dalam kalangan remaja daripada merebak dan berleluasa. Beberapa cadangan dicadang untuk membendung, membentuk dan mencegah salahlaku devian dalam kalangan remaja.
Keywords: Salahlaku dan devian, faktor pendorong, peranan ibu bapa, institusi sekolah
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.