SOSIO-BUDAYA KOMUNITI SETINGGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU PELAJAR IBAN

Catherine Bilon ', Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang

Abstract


Abstrak Artikel ini membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan sosio-budaya masyarakat Iban di kawasan setinggan dan hubungannya dengan tingkah laku pelajar Iban di sekolah. Pada amnya, masyarakat Iban merupakan masyarakat peribumi yang banyak mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Namun, kini masyarakat ini telah banyak yang berhijrah ke kawasan bandar dan tinggal di kawasan setinggan kerana kos sara hidup yang tinggi. Dalam penghijrahan mereka, mereka tidak lupa pada amalan dan budaya yang mereka amalkan sewaktu berada di rumah panjang dahulu. Dengan itu, kewajaran peranan sosio-budaya masyarakat Iban dalam membentuk tingkah laku pelajar menjadi isu yang patut diambil berat. Beberapa sosio-budaya masyarakat Iban yang disalahertikan oleh pelajar dalam pembentukan tingkah laku harus dikenalpasti kerana ini penting dalam cabaran untuk mengubah ‘mind set’ masyarakat Iban kearah tingkah laku yang lebih positif tanpa perlu meninggalkan amalan dan aktiviti sosio-budaya yang sedia ada. Artikel ini menggunakan pendekatan teori sosio-budaya yang dipelopori oleh Vygotsky serta Albert Bandura dimana ia bertujuan untuk melihat peranan sosio-budaya, jenis sosio-budaya serta kesangupan untuk mengubah minda terhadap pembentukan tingkah laku pelajar berdasarkan jantina dan kategori umur. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dimana protocol temubual ditranskripkan bagi analisis bertema yang melibatkan pelajar Iban di kawasan pedalaman Sarawak. Dengan itu, diharap setiap isu dan cabaran yang dikemukakan dapat menarik minat pihak berkepentingan untuk membantu memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Kata Kunci: sosio-budaya, setinggan, masyarakat Iban, tingkah laku, pelajar


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.