PEMBELAJARAN YANG DIAWALI DENGAN PEMBERIAN SOAL CERITA UNTUK MENINGKATKAN HASIL BELAJAR MATEMATIKA SISWA KELAS V-A SDN 004 RUMBAI PEKANBARU
Abstract
Penelidikan ini bertujuan mengkaji penggunaan pengajaran dan pembelajaran matematikmelalui soalan berayat berbentuk kontekstual dalam matematik di sekolah rendah. Penyelidikan mengkajiimpak daripada penggunaan pengajaran dan pembelajaran matematik melalui soalan berayat berbentukkontekstual, iaitu: (1) pencapaian matematik pelajar, (2) perbezaan sikap pelajar terhadap matematiksebelum dan setelah pengajaran dan pembelajaran matematik melalui soalan berayat berbentukkontekstual, dan (3) perbezaan motivasi pencapaian pelajar terhadap matematik sebelum dan setelahpengajaran dan pembelajaran matematik melalui soalan berayat berbentuk kontekstual. Kaedah kajianyang digunakan ialah penyelidikan tindakan yang dilakukan sebanyak tiga pusingan. Penyelidikan tindakandilakukan secara kolaboratif antara penyelidik dan seorang guru matematik, serta subjek pelajar sebanyak21 orang pelajar tahun V (umur 10-11 tahun) di sebuah sekolah rendah di Pekanbaru, Riau, Indonesia.Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, ujian pra dan pos pencapaian matematik,dan soal selidik untuk mengukur: motivasi pencapaian dan sikap pelajar terhadap matematik. Hasilpenyelidikan menunjukkan bahawa pembelajaran matematik melalui soalan berayat berbentukkontekstual dapat mewujudkan peningkatan pencapaian matematik pelajar, motivasi pencapaian pelajar,sikap pelajar terhadap matematik.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.