BAHASA KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

ShamilatiChe Seman ', Rahimah Embong ', Wan Mazwati Wan Yusoff

Abstract


Abstrak Kertas kerja ini bertujuan membincangkan penggunaan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah untuk meningkatkan Kemahiran BerfikirAras Tinggi (KBAT). Secara khususnya, bagaimana bahasa kognitif dan KBAT diintegrasikan dalam PdP membentuk tabiat berbahasa. Ketepatan menggunakan bahasa yang berkesan perlu menggunakan kata kerja yang tepat, bersesuaian dengan kemahiran berfikir yang disasarkan kepada murid untuk membantu mereka membuat pertimbangan, menjana idea baru, mengembang proses berfikir, menguji kebolehan dan menilai pencapaian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Justeru, bahagian pertama perbincangan ini adalah konsep bahasa dalam mengajar KBAT secara berfikrah berdasarkan Teori Ogden dan Richard (1949). Seterusnya, bahagian kedua kertas ini menjelaskan rangka kerja teoritikal yang membina konsep bahasa kognitif berdasarkan tujuh dimensi, iaitu perbendaharaan kata yang tepat; bahasa untuk mengemukakan soalan kritis; bahasa dalam menyediakan maklumat, bukan penyelesaian; bahasa untuk menangani spesifikasi; membangunkan metakognisi; dan menganalisis logik bahasa. Sementara itu, konstruk KBATterdiri daripada mengaplikasi; menganalisis; menilai; dan mencipta. Dalam pada itu, dapatan akan dibincangkan di dalam bahagian terakhir. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan kaedah analisis secara kritikal dan konseptual secara kualitatif dan pemerhatian berstruktur terhadap PdP guru di bilik darjah. Dapatan menunjukkan bahawa bahasa kognitif dan konstruk KBAT mempunyai hubung kait yang sangat rapat dengan proses berfikir. Kedua-duanya merupakan kata tugas yang berfungsiuntuk menyatakan tugasan yang mengarahkan minda untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan berfikirkerana kata tugas boleh membayangkan kerencaman tugasan berfikir. Intihanya, dengan mengintegrasikan interaksi kekompleksan bahasa; pemikiran dan tindakan;amalan dan pengalaman, guru boleh merangsang dan menjanapemikiran aras tinggi murid.

Kata kunci: Kemahiran berfikir aras tinggi, bilik darjah berfikrah, bahasa kognitif, pengajaran dan pembelajaran


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.