KAEDAH MENINGKATKAN KESERONOKAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM KALANGAN ORANG ASLI (MODUL KEMBARA SAINS)
Abstract
Abstrak Masyarakat Orang Asli mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan bangsa lain. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India. Pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memajukan masyarakat ini agar mereka tidak ketinggalan di dalam bidang pendidikan. Kajian ini membincangkan tentang keberkesanan Modul Kembara Sains yang dibina bagi meningkatkan keseronokan pembelajaran sains dalam kalangan Orang Asli. Kajian ini dijalankan di daerah Sepang dan melibatkan seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada pentadbir dan guru sekolah orang asli serta guru pakar dalam bidang sains. Data kualitatif dianalisis berdasarkan aspek pengetahuan dan tingkah laku murid orang asli terhadap modul Kembara Sains (minat, pengetahuan, kemahiran sains dan sikap) bagi mendapatkan pandangan berkaitan keberkesanan modul tesebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah bermain yang diketengahkan melalui modul Kembara Sains merupakan satu cara yang dapat meningkatkan keseronokan belajar selain dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Sains.
Kata kunci: Keseronokan pembelajaran Sains, Orang Asli, Kembara Sains
Refbacks
- There are currently no refbacks.