PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH ABAD KE-21: ISU DAN CABARANAbstrak Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang tidak boleh terpisah daripada perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan ini memberi pengaruh yang besar kepada sektor pendidikan ne
Abstract
Abstrak Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang tidak boleh terpisah daripada perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan ini memberi pengaruh yang besar kepada sektor pendidikan negara dan transformasi dilakukan untuk memenuhi keperluan masyarakat abad ke-21 yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang telah dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ia merupakan persiapan untuk menyediakan generasi yang berkualiti bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Transformasi ini memberi impak yang besar kepada bidang pendidikan dan pendidikan sejarah turut mengalami perubahan dan ia akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kertas konsep ini membincangkan cabaran, isu dan masalah berkaitanpendidikan abad ke-21 terutamanya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah. Perbincangan akan menjurus kepada kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kemahiran-kemahiran tersebut perlu diteliti dan diperhalusi untuk memperkasakan pendidikan sejarah. Kertas konsep ini turut membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan cabaran pendidikan abad ke-21 dan mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memperkasakan pendidikan sejarah di peringkat guru, pelajar dan sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Kata Kunci: Abad ke-21, kemahiran abad ke-21, teknologi maklumat, transformasi, pendidikan sejarah, pengajaran dan pembelajaran.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.