PENGETAHUAN KOMPETENSI KE ARAH PENINGKATAN APLIKASI KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SEJARAH
Abstract
Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru sejarah ke arah meningkatkan tahap profesionalisme. Kompetensi yang dikaji adalah berkaitan dengan pengetahuan dan aplikasi yang berkaitan dengan kandungan kurikulum sejarah, pedagogi sejarah, penggunaan bahan bantu mengajar, ICT serta penerapan nilai patriotisme dan pemikiran sejarah. Kaedah kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik dan ujian serta kaedah temu bual juga turut dilaksanakan bagi memperkukuhkan dapatan kajian. Sampel kajian melibatkan seramai 850 orang guru-guru sejarah Sekolah Menengah yang juga dikaji berdasarkan latar belakang seperti jantina yang dipilih secara rawak. Kajian rintis dijalankan terhadap 80 orang guru dari sekolah yang tidak terlibat dalam sampel kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan setiap komponen yang dikaji mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan menunjukkan pengetahuan dan kompetensi aplikasi guru sejarah berada pada tahap sederhana. Analisis inferensi Manova menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan guru sejarah berdasarkan jantina. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan aplikasi kompetensi guru sejarah berdasarkan jantina. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan antara pengetahuan guru sejarah dengan kompetensi aplikasi guru sejarah. Kajian ini memberi implikasi kepada pelbagai pihak untuk dapat meningkatkan lagi kompetensi dalam kalangan guru dan memfokuskan kepada peningkatan pedagogi guru sejarah.
Kata Kunci: Kompetensi, profesionalisme, pengetahuan, aplikasi kemahiran, pedagogi dan jantina
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.