ETOS DAN BUDAYA SEKOLAH MEMBERI KESAN KEPADA KEMENJADIAN PELAJAR

Irwan Fariza Bin Sidik, Mohd Mahzan Bin Awang, Abdul Razaq Bin Ahmad

Abstract


Abstrak Fokus utama kemenjadian pelajar dalam kajian ini ialah pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, membangunkan penguasaan kemahiran dan memperlihatkan kemahiran untuk pembangunan diri pada masa depan.Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mempunyai etos, budaya, watak, identiti tersendiridan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.Sekolah ini sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti bagaimana etos dan budaya sekolah memberi kesan kepada kemenjadian pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan 4 pelbagai latar belakang demografi. Kajian ini mengkaji tentang etos dan budaya sekolah;proses pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran abad ke-21; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-Think yang memberi kesan kepada kemenjadian pelajar. Kerangka konseptual kajian merupakan gabungan daripada dua teori antaranya teori atau model sistem ekologi (Bronfenbrenner 1977) dan teori modal sosial (Robert D Putnam 2000) yang berkaitan dengan etos dan budaya sekolah. Peranan yang dimainkan oleh individu-individu yang signifikan seperti pentadbir sekolah, guru dan rakan sebaya. Semua faktor ini memberikan pengaruh yang kuat dalam kemenjadian pelajar. Impaknya dapat dilihat dari aspek kecemerlangan akademik; kokurikulum dan sukan; sahsiah yang mulia; pelajar yang berkeyakinan; kemampuan saing di peringkat global dan sikap sayangkan sekolah dalam kalangan pelajar. Kertas konsep ini akan membincangkan bagaimana etos dan budaya sekolah memberi kesan kepada kemenjadian pelajar.

Kata Kunci: Etos, budaya sekolah dan kemenjadian pelajar


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.