ALIRAN MEDIA MENCETUSKAN PERKEMBANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA

Aminaton Hajariah Binti Husnu ', Samsu Adabi Mamat

Abstract


Abstrak Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenalpasti penggunaan media baru untuk tujuan kempen politik terutamanya yang berkaitan dengan keislaman, menyenaraikan laman-laman berkaitan dengan politik Islam di Malaysia, mengenalpasti sejauh mana isu-isu politik Islam di Malaysia wujud dalam blog-blog, website-website dan sebagainya di media baru, dan menjelaskan media baru sebagai medan politik Islam dengan melihat pandangan berbeza yang dikemukakan di setiap blog, website dan lain-lain media baru. Islam adalah amat penting dalam sistem politik sesebuah negara. Tanpa Islam, pentadbiran politik akan tersasar jauh dari landasan yang betul. Apabila melihat kepada sesebuah negara Islam, maka pentadbiran adalah amat penting kerana ia merupakan salah satu matlamat utama politik di dalam Islam. Jika dikaitkan pula dengan media, politik Islam dan media adalah sukar untuk dipisahkan.Ini kerana segala maklumat boleh diperoleh dengan mudah dan cepat melalui media baru yang semakin berkembang pesat.Segala maklumat yang ingin disampaikan dapat diperoleh di dalam media melalui perbincangan daripada idea-idea dan kupasan isu-isu yang ingin di sampaikan oleh pemilik-pemilik media baru itu sendiri. Contohnya apabila sesuatu perkembangan sama ada ekonomi, sosial mahupun politik khususnya dihebohkan melalui facebook yang membincangkan berkaitan isu politik Islam, maka rakan-rakan facebook akan memberikan pandangan dan pendapat masing-masing berhubung dengan status yang telah diutarakan oleh pemilik media tersebut.

Kata Kunci : Facebook, Politik Islam, Blog-blog, Website


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.