PROGRAM TRANSISI :PEMBELAJARAN MELALUI PENGALAMAN BAGI PELAJAR BEMASALAH PEMBELAJARAN

Aliza Alias '

Abstract


Abstrak Program transisi merupakan satu program yang dirangka khusus untuk pelajar bermasalah pembelajaran dalam usaha menguasai kemahiran yang diperlukan supaya dapat pengalaman bekerja di tempat kerja sebenar.Pelajar yang dipilih sebagai pelatih transisi ini adalah berdasarkan kemampuan masing-masing untuk dilatih dan seterusnya menjalani latihan amali di tempat kerja sebenar.Walaupun terdapat halangan dari aspek kesediaan majikan, penerimaan rakan sekerja, masalah tingkah laku, sosial dan juga emosi pelajar, namun pelatih yang telah menjalani program transisi ini berjaya menguasai kemahiran yang diperlukan.Malah mereka berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan baik setelah diberi tunjuk ajar dan bimbingan di tempat kerja.Oleh itu, program transisi dari alam persekolahan ke alam pekerjaan telah memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar melalui pengalaman dalam suasana bekerja dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri bahawa mereka juga boleh bekerja dengan baik setelah diberi bimbingan dan latihan yang sewajarnya.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.