DASAR-DASAR PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM: PERUBAHAN DAN MASALAH
Abstract
AbstrakMakalah ini cuba meneliti bagaimana dasar-dasar pendidikan yang muncul dalam sistem pendidikan Brunei dari tahun 1954 hingga kini memang melihatkan perubahan yang disesuaikan permintaan semasa. Ia juga berhadapan dengan berbagai masalah. Di antara masalah utama yang sering dihadapi pada dasar-dasar pendidikan dalam tempoh ini ialah menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah seluruh negeri. Isu ini jelas dilihat pada Dasar Pendidikan 1954, 1962 dan 1972 yang mahukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun ia menghadapi halangan untuk dilaksanakan. Masalah untuk mengadakannya bukan sahaja disebabkan faktor dalaman bahkan juga menyangkut faktor luaran. Dengan yang demikian sekolah berbagai aliran terus wujud di Brunei seperti mana yang terpahat pada Dasar Pendidikan 1954. Apabila Dasar Pendidikan Dwibahasa dan SPN 21 diwujudkan sekali lagi masalah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar timbul. Apa yang jelasnya kedua-dua dasar ini tidak menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, ia telah diambil alih oleh Bahasa Inggeris. Dalam pada itu apabila SPN21 dilancarkan pada tahun 2008 dengan alasan bagi menggantikan sistem pendidikan sebelumnya yang dikatakan tidak dapat menyediakan program-program akademik yang bersesuaian dengan keperluan global berteknologi tinggi. Bagaimanapun dasar ini mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Islam di negara ini apabila mata pelajaran Ugama Islam dan Melayu Islam Beraja tidak menjadi mata pelajaran teras, sebaliknya hanya menjadi mata pelajaran pilihan. Kesan dari desakan orang ramai dan tegur Sultan, maka akhir pada tahun 2009 kedua-dua mata pelajaran ini telah menjadi mata pelajaran teras.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.