MEMBUDAYAKAN SAINS DALAM KOMUNITI:KEPERLUAN DAN CADANGAN

Lilia Halim '

Abstract


Abstrak Apabila disebut tentang sains, maka terbayanglah kepada kita bagaimana kemajuan sains dan teknologi membawa keselesaan hidup dan kemajuan sesebuah masyarakat secara amnya. Pada masa yang sama, kesan perkembangan sains dan teknologi tidak sentiasa mendatangkan keselesaan hidup. Isu pencemaran sungai dan pemanasan global adalah disebabkan pengurusan dampak perkembangan sains dan teknologi yang tidak mampan. Kedua-dua senario ini memerlukan modal insan yang mampu menangani dampak sains dan teknologi terhadap diri sendiri, sosial, ekonomi dan persekitaran. Individu sedemikian dikatakan berliterasi sains. Individu ini merangkumi semua entiti dalam komuniti iaitu termasuk ibubapa dan institusi non formal berkait dalam pendidikan sains. Kertas kerja ini akan berbincang mengenai keperluan untuk sains dibudayakan dalam komuniti dan memberi cadangan kaedah membudayakan sains dalam komunti.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.